Saturday, 3 May 2014

KAMI MENYEDIAKAN PELBAGAI PERKHIDMATAN MENGENAI LANDSKAP
Sebarang pertanyaan sila hubungi : Mr.Arip 0165606372

LANDSKAP
-landskap merupakan satu seni kreatif untuk mengolah pemandangan di atas muka bumi supaya lebih berfungsi dan menarik

JENIS-JENIS LANDSKAP
1.landskap lembut-terdiri daripada unsur tanaman
2.landskap kejur/keras-terdiri daripada unsur binaan seperti tempat duduk,papan tanda,lampu,arca dll

FUNGSI LANDSKAP
1.estetika dan keindahan
2.perlindungan dan teduhan
3.merendahkan suhu
4.mengawal pencemaran alam
5.membentuk ruang
6.mengawal hakisan tanah
7.menghadang pemandangan yang tidak menarik
8.mengarah pergerakan atau penunjuk arah
9.melembutkan pemandangan
10.mengurangkan kebosanan
11.merangsang ketenangan jiwa
12.imbangan ekologi dan kehidupan fauna
13.meningkatkan taraf hidup
14.peningkatan ekonomi
15.penyelidikan dan pendidikan

PRINSIP REKAAN LANDSKAP
1.kesatuan-harmoni
2.penegasan-menarik perhatian
3.kepelbagaian-mengelak kebosanan

TEKANAN 
Tekanan merupakan satu reaksi negatif manusia terhadap rangsangan daripada sosial, suasana pekerjaan, ganjaran yang tidak mencukupi, gaya hidup yang terlalu mendesak dan sebagainya. Selain itu juga ada juga tekanan positif yang dikenali sebagai eustres, yang bermaksud tekanan dialami secara sederhana dan mampu memotivasikan individu untuk mencapai matlamat dan berjaya dalam usaha yang dilaksanakan.

Kebanyakkan penduduk bandar menghadapi tekanan berpunca daripada atau melibatkan pekerjaan. Tekanan yang negatif, baik dari segi mental, fizikal atau emosi, merupakan satu faktor penting yang boleh menggugat keharmonian kualiti kehidupan sesorang pekerja. Bidang ini telah mula dikaji oleh penyelidik-penyelidik sejak lebih 100 tahun yang lalu. Menurut satu kajian, hampir 35 peratus pekerja mengatakan pekerjaan mereka menggugat emosi dan kesihatan mereka, manakalah 42 peratus pula menyimpulkan bahawa tekanan pekerjaan menjadi masalah peribadi mereka.


PUNCA TEKANAN

Tekanan kerja mempunyai sebab atau punca-punca yang menjadikan seseorang menerima atau mendapat tekanan, punca-punca tekanan boles dikelaskan kepada sembilan jenis iaitu:

1.   Suasana tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan dan perbualan cara pengendalian kerja.
2.   Peranan dan fungsi pekerjaan.
3.   Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya.
4.   Perhubungan sesama rakan dan majikan.
5.   Konflik sesama rakan dan majikan.
6.   Pengaturan kerjaya.
7.   Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan atau diturunkan pangkat, hilang pekerjaan
8.   Perubahan jawatan dalam organisasi.
9.   Perubahan dalam stuktur dan pengurusan organisasi.

LANDSKAP MERUPAKAN SALAH SATU CARA ATAUPUN ALTERNATIF  UNTUK MENGATASI DAN MENGURANGKAN TEKANAN

LANDSKAP DAN MINDA
Minda yang baik dan tubuh yang sihat memerlukan kandungan oksigen yang banyak. Dengan adanya tumbuhan hijau di kawasan kediaman maka keseimbangan kedua-dua gas dalam udara dapat dikekalkan. Kesihatan manusia juga akan turut meningkat. Bagi masyarakat yang tinggal di kawasan bandar dan kawasan perumahan, boleh dikatakan mustahil untuk menikmati suasana dipenuhi tumbuh-tubuhan sepertimana di kampung. Untuk itu lanskap taman diperlukan sebagai alternatifnya.Terapi Fizikal dan minda merupakan elemen terpenting dalam diri setiap insan. Ianya saling berkaitan. Minda yang sihat akan memberi kesan yang baik terhadap pencapaian fizikal begitu juga fizikal yang cergas akan menghasilkan minda yang cerdas. Bagi memastikan kedua-dua elemen ini berfungsi dengan cemerlang maka rehat yang cukup amatlah diperlukan.

Kehadiran landskap taman memberikan terapi kepada fizikal dan minda. Keindahan pemandagan taman beserta dengan elemen bunyian seperti jatuhan air dan kincir angin akan memberikan ketenangan jiwa. Laman sebagai terapi ketenangan menyatakan bahawa  mewujudkan air pancutan atau tanaman menarik pelbagai warna adalah hadiah istimewa bagi yang memerlukan terapi. Selain itu mewujudkan ruang yang mempunyai persamaan dengan tempat yang pernah dilawati mampu meransang minda kanak-kanak sekaligus meningkatkan keupayaan kemahiran mengingat mereka.




Contoh-contoh landskap yang mampu dimiliki oleh setiap isi rumah 













No comments:

Post a Comment